Ahad, 4 Disember 2011

BLOG PERTAMA YANG DIMILIKI OLEH SAYA

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.
Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.
In merupakan blog pertama yang saya buka sejak saya datang ke UKM.Dalam ingatan saya,blog merupakan tempat untuk kita menulis perkara yang  dihadapi oleh diri-sendiri pada setiap hari.Selain itu ,kita juga akan mencatatkan perkara yang penting dan istimewa dalam blog kita supaya ia dapat kongsi dengan rakan-rakan kita.Di samping itu,blog juga mempunyai banyak fungsi seperti ia dapat meletak gambar ,lagu dan video yang kita suka.Degan itu ,rakan atau pelawat yang melawat blog kita dapat meninggalkan komen dan pendapat mereka pada blog yang kita kongsi.Secara tidak langsung ini menjadi tarikan bagi seseorang pelawat untuk kembali melawat blog itu.
Blog pertama merupakan blog pertama di UKM,pada masa yang akan datang,saya akan menulis lebih banyak hal yang saya hadapi di UKM.....

6 ulasan:

  1. Blog adalah sangat menarik !!~
    Menikmatikannya :)

    BalasPadam
  2. Blog merupakan satu medium untuk sesiapa yang mahu kongsi ilmu dan pengalaman mereka. Jika boleh, anda boleh mereka (design) blog anda menjadi lagi menarik.

    BalasPadam
  3. Blog is a medium for people to share their experience....You can try to explore it....

    BalasPadam
  4. Saya juga masih baru dalam blog. Setahu saya, blog merupakan tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia dan kita dapat melatih kemahiran menulis walaupun pelbagai bahasa.so marilah kita sama-sama memaanfaatkan blog kita~

    BalasPadam
  5. selain daripada kebaikan yang diberitahu oleh Wei di atas, saya juga merasa blog merupakan
    tempat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan dan kita dapat melatih seni kemahiran reka digital, terutama mereka blog, kod css atau blog skin.

    BalasPadam
  6. saya juga baru dalam dunia blog.Biarlah kita sama sama kongsi pengalaman hidup kita.

    BalasPadam